Mendapat Mainan Baru

Suatu hari, seorang ayah yang baru mendapat wang tambahan membeli sebuah mainan. Masalahnya iaitu, dia mempunyai dua anak. Akhirnya, Ayah tersebut memutuskan untuk membuat sebuah sayembara.

Ayah: "Ayah mempunyai sebuah mainan baru."

Anak: "Yeaaayy!!"

Ayah: "Tetapi, kerana hanya ada satu, ayah akan membuat sayembara. Pemenangnya akan mendapat mainan baru ini. "

Anak pertama: "Apa, Yah?"

Ayah: "Siapa di sini yang paling patuh? Tidak pernah melawan ibu, selalu menuruti perintah ibu, selalu diam bila dimarahi ibu, dan tidak pernah marah kepada ibu?"

Anak kedua: "Sudahlah Kak, mainan itu memang bukan untuk kita."

Ayah: "Apa ertinya, Nak?"

Anak pertama: "Iya, sudah jelas, Ayah yang memenangi sayembara ini."

Sent by: e-lawak posted on 17 October 2014