Menyediakan Segala Jenis Hidangan

Sebuah kedai memasang kain rentang bertulis "menyediakan segala jenis hidangan". Seorang pengunjung masuk ke dalam kedai itu.

Pengunjung: "Apa maksud dari kain rentang di depan?"

Pelayan: "Kami menyediakan segala jenis hidangan. Bahkan, hidangan yang paling aneh yang boleh Encik fikirkan, kami akan menyediakannya."

Pengunjung: "Benarkah? Baiklah, saya akan menempah masakan daging harimau kumbang asam manis."

Pelayan: "Mohon ditunggu."

Beberapa minit kemudian, pelayan itu datang. Sang pengunjung sudah meneka bahawa pesanannya tidak ada, "Hahaha, pasti kalian tidak mempunyai daging harimau kumbang ya?"

Pelayan itu kemudian menjelaskan, "Maaf Encik, kami tidak boleh menyediakan pesanan Bapak kerana kami kehabisan sos tomat. Apakah Encik ingin harimau kumbang goreng tepung?"

Sent by: e-lawak posted on 18 September 2014