Berjalan Bersendirian di Lorong Gelap

Suatu malam, seorang lelaki berjalan bersendirian di sebuah lorong yang gelap dan sepi. Tiba-tiba, dua orang samseng mendatanginya dan menodongnya dengan pisau. Lelaki itu terkejut dan bertanya kepada mereka apa yang mereka mahu.

Penjahat 1: "Kami minta 1 keping syiling satu Ringgit."

Lelaki: "Ba ... baik, ini wang satu Ringgit untuk kalian. Tapi, untuk apa kalian minta duit syiling satu Ringgit sambil menodongkan pisau seperti ini?"

Penjahat 2: "Kami ingin melemparkan duit syiling ini. Kalau yang muncul adalah 'gambar' maka dompetmu buat saya. Tetapi, kalau ternyata 'nombor' yang kelihatan, maka dompetmu akan menjadi miliknya!" (sambil menunjuk rakannya).

Sent by: e-lawak posted on 16 September 2014