Sex tu Apa?

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mamanya,

"Mama? Sex tu apa?"

Terkedulah si ibu. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mama dan papanya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan..

"Jawapan mama tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni.." seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).

Name: ....
Sex: ....
Class: ....
Subject: ..........

Sent by: e-lawak posted on 14 February 2014