Kacang Aje

Pada suatu hari, Sham dan Cikgu Wati bertemu muka di kantin. Cikgu Wati bertanya pada Sham sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.

Cikgu: "Sham, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?"
Sham: "Kacang aje, Cikgu."
Cikgu: "Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?"
Sham: "Kacang aje, Cikgu."
Cikgu: "Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?"
Sham: "Kacang juga, Cikgu."
Cikgu: "Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!"
Sham: "Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang, Cikgu."
Cikgu: "La.. loyar buruk pulak budak ni!"
Sham: "Aik cikgu.. macam mane cikgu tau cita-cita saya nak jadi loyar?"
Cikgu: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)

Sent by: e-lawak posted on 15 December 2013