Memiliki Pelajar Teruk

Setelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing.

Guru A: "Teruk ya... saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira... pelajar saya ada seorang yang macam tu... kelas belakang tulah... sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu... risau betul.."

Guru B: "Alah.. apa nak diherankan... yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca Yassin pun merangkak... aduh.. ni dah kira teruk betul ni... bab-bab agama ni saya risau betul."

Guru A: "Alah tu tak heran... pelajar saya lagi teruk.. jawi pun tak kenal... huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca..."

Guru B: "Astagfiruallah... siapa tu? Budak ni perlu diberi perhatian ni.." (dengan nada yang serius) "Pelajar saya yang merangkak-rangkak baca yassin tu Ahmad namanya.."

Guru A: "Nama pelajar saya 'Ah Chong'... hehe"

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

Sent by: e-lawak posted on 24 August 2013